Kisah sebenar pasal video viral Dato Suhaily naik angin dekat dua anggota hari tu akhirnya terjawab juga dalam kenyataan media beliau.
Ceritanya macam ni, masa kejadian tu, Dato Suhaily dengan pasukan dia tengah buat operasi spot check dekat aras lima KLIA.
Operasi ni dibuat sebab sebelum tu dah banyak gila aduan pasal geng ulat warga asing, tambah pula kes jumpa dadah dengan barang seludup makin meningkat dekat tempat check bagasi tu.
Tengah sibuk operasi, dorang berjaya tangkap seorang warga asing yang disyaki geng ulat ni, terus bawa masuk bilik pemeriksaan untuk disoal siasat.
Tapi, tengah syok Dato Suhaily dengan team dia buat kerja, tiba-tiba muncul dua anggota yang dorang tak kenal pergi rakam situasi masa tu.
Dato Suhaily apa lagi, terus suruh dorang padam rakaman tu on the spot.
Masa nilah start silap faham sampai jadi kes tarik telinga dengan hantuk kepala tu, alih-alih rakaman CCTV pula yang tersebar.
Beliau ada tegaskan yang operasi masa tu memang private dan cuma libatkan pegawai AKPS dengan pihak Avsec KLIA sahaja.
Apa yang paling buat ramai respek, Dato Suhaily ni memang jenis pemimpin yang tegas dan berprinsip habis.
Ayat beliau yang betul-betul mendalam tu masa dia cakap, kalau nak ubah sesuatu benda memang ada harganya, dan kalau harga tu adalah diri dia sendiri, dia sanggup bayar.
Beliau juga tak melenting atau nak lepas tangan, malah mengaku bertanggungjawab penuh dan sedia hadap apa saja tindakan atau hukuman daripada pihak atasan.
Memang padu dan salute habis dekat Dato.