Kedai ni yang jual one set outfits, one set ni RM50 je, nak beli asing mahal, so elok beli one set macam ni. shope.ee/9UTTxjN6tc
5
690
2,617
251,306
Berlabuh sudah tirai iFUTURE 2026, penganjuran kali ketiga yang menghimpunkan lebih 1200 pemimpin mahasiswa dari 60 buah negara untuk berkongsi pemikiran, membina persahabatan dan memperkukuh semangat kepimpinan. Daripada majlis perasmian, ucaptama, sesi dialog hingga majlis penutup, pelbagai topik dibincangkan bersama barisan ahli panel yang membawa pengalaman dan perspektif berbeza. Semuanya mengajak anak-anak muda berfikir, berani bersuara dan menterjemahkan idea kepada tindakan. Daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Menteri dan Timbalan Menteri, pemimpin di peringkat kebangsaan mahupun negeri, semuanya hadir memberi komitmen dan sokongan kepada iFUTURE 2026. Syukur Alhamdulillah. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua yang menjayakan iFUTURE 2026, secara langsung mahupun tidak langsung. Anda semua adalah nadi kejayaan pertemuan ini. Di sebalik setiap sesi yang berlangsung, ada usaha, komitmen dan pengorbanan yang amat saya hargai. Kepada para peserta, bawalah pulang ilmu, nilai dan persahabatan yang terbina. Kepimpinan bermula sekarang, melalui kesediaan untuk berkhidmat dan memberi manfaat kepada orang lain. Semoga berakhirnya iFUTURE 2026 menjadi permulaan kepada lebih banyak kerjasama dan tindakan yang bermakna. Walau siapapun yang menerajui KPT selepas ini, saya mengharapkan iFUTURE akan dapat diteruskan kerana memberi kesan langsung yang baik untuk pelajar tempatan dan antarabangsa serta pelbagai pihak lain lagi. @umpsamalaysia #iFUTURE2026 #MalaysiaMADANI #KPT #doczam
10
41
41
946
Di sebalik kejayaan seorang anak melanjutkan pengajian, ada ibu dan ayah yang sanggup berkorban apa sahaja. Kegembiraan menerima tawaran ke IPT sering hadir bersama kerisauan tentang yuran, perjalanan dan keperluan pengajian. Alhamdulillah, hari ini bantuan pendidikan bersasar disampaikan kepada 396 orang pelajar IPT Parlimen Lumut. Mudah-mudahan usaha ini dapat meringankan beban keluarga dan memberi semangat kepada anak-anak untuk memulakan langkah baharu. Saya sendiri diberi peluang mengubah kehidupan melalui ilmu. Kini, saya mahu melihat lebih ramai anak-anak Lumut menempuh kejayaan dalam bidang masing-masing. Kepada anak-anak, jagalah peluang ini sebaik-baiknya. Belajar bersungguh-sungguh, bina kemahiran, bina hubungan dan pelihara adab yang baik. Jika menghadapi apa jua kesulitan, boleh berhubung dengan IPT ataupun KPT. InsyaAllah kita akan bantu. Apabila berjaya nanti, ingatlah mereka yang masih memerlukan. Pulanglah membawa ilmu, pengalaman dan peluang untuk membangunkan lagi Lumut. Hari ini anda menerima bantuan. Saya mendoakan suatu hari nanti, anda pula menjadi insan yang membantu orang lain melangkah ke hadapan. Yang penting, anda sambung belajar dan teruskan hingga berjaya menggenggam segulung ijazah dan mendapat pengalaman berharga. #Lumut #KPTPrihatin
12
42
43
1,153
Berada di Seminar Ilmuwan Islam Malaysia, sebuah platform wacana ilmiah anjuran Yayasan Ilmuwan Islam Malaysia dengan kerjasama UiTM, yang dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Dalam ucapan, saya menekankan bahawa pendidikan perlu membentuk manusia yang berilmu, beradab dan berakhlak. Ilmu yang difahami dan dihayati akan membimbing cara kita berfikir, bertindak serta menyumbang kepada masyarakat. Inilah amanah universiti iaitu melahirkan pencari ilmu, penyelesai masalah dan pembina negara. UiTM membawa amanah besar ini sebagai institusi yang lahir daripada perjuangan mengangkat kedudukan bangsa melalui pendidikan. Kekuatan institusi ini mesti terus diperkukuh. Setiap kelemahan perlu diperbaiki dengan jujur dan bertanggungjawab. Kita tidak akan menutup kekurangan, dan kita mesti memastikan UiTM terus maju serta memberi manfaat kepada generasi seterusnya. Tahniah kepada Yayasan Ilmuwan Islam Malaysia dan UiTM atas usaha menyuburkan tradisi ilmu serta menghimpunkan ilmuwan, warga akademia dan mahasiswa dalam wacana yang bermakna ini. #SeminarIlmuwanIslamMalaysia #KPT #MalaysiaMADANI #UiTM
42
44
822
Pembangunan bakat negara memerlukan kerjasama erat antara kementerian agar pendidikan, latihan kemahiran dan keperluan industri bergerak seiring. Saya ke Angkasapuri RTM bagi menghadiri Majlis Pelancaran Kerangka Kemahiran Masa Hadapan bagi Sektor Komunikasi dan Multimedia (C&M FSF) dan Inisiatif Pembangunan Bakat Strategik, yang menghimpunkan sinergi Kementerian Komunikasi, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pendidikan Tinggi. Saya turut berkongsi pentas forum bersama Menteri Komunikasi, YB Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Khairul Firdaus dalam sesi yang dikendalikan oleh Datuk Ashwad, Ketua Pengarah Penyiaran. Kami membicarakan peranan kementerian masing-masing dalam mempersiapkan bakat Malaysia menghadapi perubahan teknologi dan dunia pekerjaan. Hubungan antara institusi pendidikan tinggi dengan industri perlu diperkukuh supaya perkembangan semasa dapat diterjemahkan dalam pembelajaran, latihan dan pengalaman sebenar mahasiswa. Matlamat kita jelas iaitu melahirkan graduan yang job-ready, life-ready dan future-ready, bersedia untuk bekerja, menghadapi kehidupan dan membina masa hadapan. #JobReady #KPT #PembangunanBakat #MalaysiaMADANI #doczam
10
44
43
741
PUISI : ANTARA API DAN CAHAYA ILMU (Bersempena Hari Akademia 2026) JANGAN KAU TANYAKAN MENGAPA KAMPUS SEMAKIN SUNYI? YANG SUNYI BUKAN BANGUNANNYA TETAPI HORMAT MANUSIA KEPADA ILMU DAN ILMUWANNYA KINI SEMUA MAHU MENJADI HAKIM TETAPI TIDAK MAHU MEMBACA SEMUA PANDAI MENGHUKUM TETAPI MALAS MENYELIDIK KEBENARAN DIUKUR OLEH TEPUKAN KEBIJAKSANAAN DIKALAHKAN OLEH JUMLAH TONTONAN SEORANG SARJANA MENGHABISKAN TIGA PULUH TAHUN MENCARI SEBARIS JAWAPAN SEORANG PEMUKA MEDIA SOSIAL HANYA PERLU TIGA PULUH SAAT UNTUK MEMUSNAHKANNYA DAN ORANG RAMAI BERTEPUK TANGAN TETAPI WAHAI AKADEMIA JANGAN ENGKAU LUPA BAHAWA UNIVERSITI BUKAN KILANG KERTAS JANGAN SAMPAI TULIS DAN KAJIMU MEMBUNUH KEBERANIAN BERTANYA JANGAN SAMPAI MENGALAHKAN KEBENARAN DAN BIROKRASI RANGKING MENJADI LEBIH BESAR DARIPADA ILMU YANG DIWARISI ILMU TANPA KEBERANIAN HANYA MENJADI ANGKA PENYELIDIKAN TANPA NURANI HANYA MENJADI FAIL YANG TERSOROK NAMUN JANGAN KECEWA JIKA DUNIA TIDAK SEGERA MENDENGAR BENIH TIDAK PERNAH BERBUNYI KETIKA MEMECAHKAN TANAH TERUSLAH MEMBACA TERUSLAH MENGKAJI KETIKA MANUSIA SIBUK MENATAL KETIKA DUNIA MAHU JAWAPAN SEGERA TERUSLAH MENULIS WALAUPUN TULISANMU TIDAK SEVIRAL FITNAH TERUSLAH MENITIP ILMU MEMBENTUK ADAB MENCORAK ANAK BANGSA MEMBINA NEGARA KERANA APABILA ZAMAN KEHABISAN JAWAPAN MEREKA AKAN KEMBALI MENCARI GURU, PENYELIDIK, SARJANA DAN ILMUWAN IAITU ORANG YANG SELAMA INI DIAM DAN TEKUN MENJAGA API YANG MENERANG AGAR ILMU TIDAK PADAM DI TENGAH ANGIN ZAMAN DAN MANUSIA TERUS BERNAFAS SELAMAT MENYAMBUT HARI AKADEMIA... DR. ZAMBRY ABD KADIR UNIVERSITI MALAYA 5 OKTOBER 2026
10
44
48
1,147
[LANGSUNG] SEMINAR ILMUWAN ISLAM MALAYSIA 2026 Ikuti seminar ini yang menjadi pentas menghimpunkan tokoh kepimpinan, ilmuwan dan mahasiswa dalam satu wacana tentang amanah bangsa, pendidikan, patriotisme dan masa depan Malaysia. #SeminarIlmuwanIslamMalaysia #MalaysiaMADANI #KPT youtube.com/live/AJp-zxabKV0…
45
46
1,204
Kazakhstan National University of Sport merupakan antara institusi yang memberi tumpuan kepada pembangunan atlet dan bidang sains sukan. Baru dibangunkan dalam tempoh lima tahun, banyak fasiliti terbaik dunia disediakan di sini. Saya dibawa melawat kemudahan latihan bertaraf Olimpik yang disediakan untuk menyokong prestasi atlet. Menarik untuk melihat bagaimana sebuah universiti menggabungkan pendidikan, sains sukan dan latihan berprestasi tinggi di satu tempat. Ramai juga atlet-atlet kebangsaan mereka yang sambung belajar di universiti ini untuk mengembangkan lagi kemahiran mereka selepas bersara daripada atlet dengan memiliki segulung ijazah atau sijil. Pengalaman ini memberi idea baharu tentang cara kita boleh memperkukuh pembangunan bakat sukan di universiti di Malaysia terutamanya dalam usaha melahirkan atlet bertaraf dunia. ………………….. I had the opportunity to visit Kazakhstan National University of Sport, where I was shown its Olympic-standard training facilities. What stood out was how the university brings academic learning, sports science and elite training together to support its athletes. It offers useful ideas for strengthening sports programmes at Malaysian universities and developing athletes who can compete at the highest level. #MAHEF2026 #MalaysiaCentralAsia #MalaysiaKazakhstan 🇲🇾🇰🇿 #MalaysiaMADANI #KPTMalaysia #doczam
48
50
1,179
Kasut on cloud tengah ada sale teruk ! Bole tengok sampai hujung thread ni ya
1
30
5
16,028
Berada di Teluk Batik untuk bersama-sama 250 pemimpin mahasiswa daripada Universiti Awam, politeknik dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang menyertai Jambori Pemimpin Mahasiswa. #JamboriPemimpinMahasiswa #KPT
13
44
50
1,628
Merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menerima patik mengadap di Istana Negara hari ini. Dalam sesi mengadap tersebut, patik telah mempersembahkan kepada Seri Paduka Baginda mengenai perkembangan semasa Kursi Pengajian Melayu Sultan Ibrahim di Beijing Foreign Studies University (BFSU), China. Kursi ini mencerminkan keprihatinan dan naungan Seri Paduka Baginda terhadap usaha memperluas pengajian serta memperkukuh kedudukan bahasa, budaya dan peradaban Melayu di persada antarabangsa. Semoga segala nasihat dan pandangan Seri Paduka Baginda menjadi pedoman dalam memperkasakan lagi bidang Pengajian Melayu serta memperluas jaringan ilmu antara Malaysia dengan dunia. Daulat Tuanku. #YDPAgong #AllahPeliharakanSultan #IstanaNegara Sumber Foto : Istana Negara
48
56
1,354
Menerima perkhabaran dukacita mengenai pemergian Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana bin Mohd Fellimal, peserta Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham, sahabat-sahabat serta seluruh warga UiTM. Semoga mereka diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang amat sukar ini. Saya juga telah meminta pihak UiTM memberikan segala bantuan dan sokongan yang diperlukan kepada keluarga Allahyarham serta memastikan kebajikan semua peserta yang terlibat terus diberikan perhatian. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta beramal soleh. Al-Fatihah.
13
48
49
1,384
MERDEKA Merdeka itu bebas, bebas daripada derita, daripada rantai kongkongan, daripada tangan imperialis yang beratus tahun mengaut hasil bumi, merobek maruah, meroboh budi bangsa. Lalu bangkitlah pahlawan, bangkit para pejuang, dengan darah dan pengorbanan, mengangkat panji kebebasan untuk sebuah tanah air, untuk keadilan setiap insan, agar anak cucu tidak lagi tunduk kepada sesiapa. Tetapi hari ini, di zaman yang bergelora, kita bertanya kepada jiwa: Apa ertinya merdeka jika kebebasan menjadi senjata, lidah menjadi api, kata-kata menjadi fitnah, dan manusia saling mengadu domba? Apa ertinya merdeka jika kita bebas membenci, bebas memecah-belahkan, hingga bangsa berantakan, hingga keamanan dilupakan, hingga kemakmuran yang dibina dengan keringat tidak lagi kita hargai? Merdeka bukan sekadar bendera yang berkibar, bukan hanya laungan di tengah sorak perayaan. Merdeka ialah jiwa yang tahu menghormati, hati yang tahu mengasihi, akal yang tahu membezakan benar dan dusta. Merdeka ialah jiwa Yang menguburkan dendam Meski lukamu masih bernanah Dari bakaran api kezaliman Maka pada hari merdeka ini, marilah kita pulang kepada wajah kita sendiri, wajah anak-anak merdeka yang tidak diwariskan kemarahan, tetapi disemaikan harapan. Genggamlah tangan saudaramu, walau berbeza warna, berbeza bahasa, berbeza jalan kehidupan. Kerana tanah ini tidak dibina oleh satu tangan, tetapi oleh jutaan tangan yang berganding di bawah langit yang sama. Wahai anak bangsaku, jangan biarkan kemerdekaan menjadi sekadar nama. Isilah ia dengan kasih, suburkan ia dengan ilmu, tegakkan ia dengan keadilan, dan pertahankan ia dengan persaudaraan. Agar kelak, apabila anak cucu kita bertanya: “Apakah yang kalian lakukan setelah bangsa ini merdeka?” Kita dapat menjawab dengan dada yang lapang: Kami tidak hanya mewariskan sebuah negara yang bebas, tetapi sebuah bangsa yang tahu hidup bersama dalam damai dan mulia. Dr. Zambry Abd Kadir 30 Ogos 2026
48
48
1,232
Merdeka bukan sekadar mengenang sejarah. Ia adalah amanah untuk kita terus menjaganya, membina dan mengangkat martabat Malaysia daripada satu generasi kepada generasi seterusnya. Kita warisi sebuah negara. Tanggungjawab kita adalah untuk menjadikannya lebih baik. Selamat Hari Kebangsaan Ke-69, Malaysia! #HariKebangsaan #YakinMADANI #MalaysiaMADANI #YangBerkhidmatRamanan
10
31
31
854
Malam ini saya bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Menteri Pendidikan, Presiden Akademi Sains Malaysia, warga akademik dan mahasiswa dalam Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIM) Siri 13 di Universiti Malaya. Kali ini, FIM membawakan tajuk “Pendidikan Masa Depan Negara dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)”. Perbincangan malam ini bukan sekadar mengenai pemansuhan AUKU, tetapi menyentuh persoalan yang lebih besar apakah rupa pendidikan yang mahu kita bina untuk masa depan negara, dari peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi? Dunia berubah pantas dengan perkembangan AI, teknologi digital dan perubahan dunia pekerjaan. Sistem pendidikan kita juga mesti berani berubah seiring dengan perubahan ini. Kerajaan telah memberikan komitmen untuk memansuhkan AUKU. Dalam forum ini, saya turut membentangkan usaha membangunkan kerangka perundangan pendidikan tinggi yang baharu dan lebih menyeluruh menerusi One Higher Education Act (OHEA), seperti yang digariskan dalam Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035. OHEA akan melihat keseluruhan ekosistem perundangan pendidikan tinggi, bukan AUKU semata-mata. AUKU sendiri mempunyai 44 seksyen. Daripada jumlah tersebut, 7 seksyen berkaitan mahasiswa, 32 seksyen berkaitan tadbir urus institusi, manakala selebihnya menyentuh staf dan perkara-perkara lain. Sebab itu pemansuhan AUKU perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan tersusun. Kita tidak mahu sekadar menukar nama AUKU kepada sebuah akta baharu tetapi mengekalkan bentuk kawalan yang sama. Kerangka baharu mesti membuka ruang yang lebih luas kepada kebebasan akademik, kebebasan bersuara, autonomi universiti, pemerkasaan mahasiswa serta tatakelola yang baik. Proses ini akan melibatkan mahasiswa, ahli akademik, pentadbir, pakar dan seluruh ekosistem pendidikan tinggi. Saya turut menekankan bahawa kehidupan kampus memerlukan dua perkara utama iaitu aktivisme dan idealisme. Mahasiswa mesti berani bersuara, bertanya dan mengkritik. Namun idealisme itu mesti berakar pada ilmu, adab dan tanggungjawab, supaya keberanian mengkritik turut disertai keupayaan mengemukakan idea dan penyelesaian. #FIM13 #AUKU #OHEA #KPT #MalaysiaMADANI
12
45
51
1,544
Merafak sembah takziah kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, serta seluruh Kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Dato’ Sri Setia Hajjah Aishah Binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah Yang Amat Mulia, mengampuni segala kekhilafan serta menempatkan Almarhumah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Semoga Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang serta seluruh Kerabat Diraja Pahang dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi saat dukacita ini. Al-Fatihah (dibaca).
44
48
1,264
𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐃𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 Saya telah tiba di Bangkok, Thailand bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN Ke-29 (ALMM) dengan tema ‘Advancing ASEAN Human Capital: Skills Certification towards Global Recognition’. Pembukaan mesyuarat ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Thailand, T.Y.T Anutin Charnvirakul dan telah menghimpunkan Menteri-Menteri Buruh negara anggota ASEAN dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), T.Y.T Gilbert F. Houngbo. Saya juga telah bertemu dan bertukar pandangan bersama rakan-rakan sejawat saya dari Indonesia, Singapura, Thailand dan Myanmar, serta Ketua Pengarah ILO, T.Y.T Gilbert F. Houngbo. Mesyuarat ini membuka ruang untuk kami berkongsi pandangan mengenai perkembangan dunia pekerjaan, cabaran pasaran buruh serta usaha untuk memperkukuh kerjasama serantau dalam bidang pembangunan kemahiran serta memastikan kebajikan, perlindungan dan masa depan pekerja terus diberikan keutamaan. Saya berharap Mesyuarat ALMM Ke-29 kali ini dapat menghasilkan kerjasama yang lebih erat dan tindakan yang lebih berkesan dalam mendepani perubahan dunia pekerjaan, khususnya melibatkan perlindungan sosial, pembangunan kemahiran, produktiviti serta perkembangan teknologi dan kecerdasan buatan (AI). Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam agenda perburuhan ASEAN. Kepentingan negara dan pekerja Malaysia akan terus saya bawa dan pertahankan, sambil kita bekerjasama dengan negara-negara serantau untuk membina pasaran buruh ASEAN yang lebih inklusif, berdaya tahan dan bersedia menghadapi masa hadapan. #KESUMA #ASEAN #ALMM29 #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #YangBerkhidmatRamanan See less
11
30
31
808
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐇𝐈𝐉𝐀𝐔 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 Hari ini, saya mewakili Malaysia telah membentangkan makluman semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN Ke-29 (ALMM) di Bangkok, Thailand. Dalam pencelahan tersebut, saya berkongsi perkembangan kepimpinan Malaysia dalam menerajui Agenda Pekerjaan Hijau ASEAN, satu tanggungjawab yang telah dipikul negara sejak 2018 dan kini diteruskan apabila Malaysia ditetapkan sebagai negara peneraju bagi projek Pekerjaan Hijau (Green Jobs) serantau di bawah 'ASEAN Labour Ministers’ Work Programme 2026–2030'. Malaysia telah berjaya memacu dua dokumen penting ASEAN berkaitan pekerjaan hijau, termasuk ASEAN Framework and Action Plan for a Just and Inclusive Transition to Green Jobs (2025–2030) serta 'Joint Statement on Actionable Plan for Green Jobs Towards a Sustainable and Inclusive ASEAN Workforce'. Saya turut berkongsi hasil ASEAN Green Jobs Forum 2025 yang dianjurkan di Putrajaya dengan penyertaan lebih 450 delegasi. Forum tersebut memberi tumpuan kepada AI, digitalisasi dan pekerjaan hijau, termasuk pembangunan kemahiran masa hadapan, pemerkasaan TVET, keterangkuman pekerja serta sokongan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Malaysia akan terus memainkan peranan aktif memastikan peralihan ASEAN ke arah ekonomi hijau bukan sahaja membuka peluang pekerjaan baharu, tetapi turut memastikan tiada pekerja yang tercicir dalam perubahan dunia pekerjaan. Kita mahu ASEAN yang lebih mampan, inklusif dan bersedia menghadapi masa hadapan dengan pekerja kekal menjadi keutamaan. #KESUMA #ALMM #YakinMADANI #MalaysiaMADANI #YangBerkhidmatRamanan
13
28
30
564
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐆𝐋𝐎𝐁𝐀𝐋 Hari ini saya mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN Campur Tiga Ke-14 di Bangkok, Thailand yang menghimpunkan Menteri-Menteri Buruh dari negara-negara ASEAN bersama China, Jepun dan Republik Korea. Dalam mesyuarat tersebut, saya telah menegaskan bahawa masa depan tenaga kerja ASEAN bergantung kepada sejauh mana kita mampu memastikan kemahiran yang dimiliki rakyat bukan sahaja relevan dengan keperluan industri, tetapi turut diiktiraf dan diterima di peringkat antarabangsa. Malaysia menggariskan tiga keutamaan utama iaitu memperkukuh pensijilan bersama dan penyelarasan kelayakan TVET; memperluas pemindahan teknologi serta peningkatan kemahiran tenaga pengajar; serta membangunkan program latihan bertaraf dunia dalam bidang masa hadapan seperti kecerdasan buatan, kenderaan generasi baharu dan robotik. Kita mahu tenaga mahir yang dilatih dan memperoleh kelayakan di Malaysia serta negara-negara ASEAN mempunyai kemahiran yang diyakini industri, diiktiraf merentas sempadan dan membuka peluang lebih luas untuk mereka membina kerjaya serta bersaing di pentas dunia. Kerjasama bersama China, Jepun dan Republik Korea amat penting untuk mempercepat usaha ini melalui perkongsian kepakaran, teknologi dan amalan terbaik. Kerjasama ini bukan sekadar mengenai pengiktirafan sijil, tetapi tentang masa depan dan nilai tenaga kerja kita. Malaysia akan terus memainkan peranan aktif bersama negara-negara ASEAN, China, Jepun dan Republik Korea untuk memastikan tenaga kerja kita mempunyai kemahiran yang relevan, kelayakan yang diyakini serta keupayaan untuk bersaing di mana sahaja. Kita mahu bakat ASEAN bukan sekadar memenuhi keperluan dunia pekerjaan masa hadapan, tetapi menjadi antara tenaga mahir terbaik yang menjadi pilihan dunia. #KESUMA #ASEAN #YakinMADANI #MalaysiaMADANI #YangBerkhidmatRamanan
11
27
29
668
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀-𝐓𝐇𝐀𝐈𝐋𝐀𝐍𝐃 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐕𝐄𝐓 Semasa berlangsung Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN Ke-29 (ALMM) di Bangkok, saya telah mengadakan pertemuan bersama Menteri Buruh Thailand, T.Y.T Julapun Amornvivat bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Thailand dalam bidang tenaga kerja. Antara perkara yang diberikan perhatian adalah kebajikan dan perlindungan pekerja, usaha memuktamadkan Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan pengambilan, penggajian dan penghantaran pulang pekerja Thailand serta kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Kami turut membincangkan potensi memperluas kerjasama TVET melalui pertukaran pelajar dan tenaga pengajar, latihan industri serta program peningkatan kemahiran dalam bidang TVET digital, kemahiran hijau, pembuatan pintar dan keselamatan siber. Malaysia dan Thailand mempunyai hubungan yang erat sebagai negara jiran. Hubungan ini perlu terus diterjemahkan kepada kerjasama yang memberi manfaat nyata kepada pekerja, industri dan ekonomi kedua-dua negara. KESUMA akan terus memperluas kerjasama strategik di peringkat serantau bagi membuka lebih banyak ruang pembangunan kemahiran dan memastikan tenaga kerja negara kekal berdaya saing dalam menghadapi perubahan dunia pekerjaan. #KESUMA #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #ALMM29 #YangBerkhidmatRamanan
3
25
28
629
💥[SIARAN MEDIA] HIGH-LEVEL BILATERAL MEETING BETWEEN HON. DATO’ SRI RAMANAN RAMAKRISHNAN MINISTER OF HUMAN RESOURCES MALAYSIA AND HON. JULAPUN AMORNVIVAT MINISTER OF LABOUR THAILAND Putrajaya | 28 Ogos 2026 | Jumaat #KESUMA #BilateralMeeting #Malaysia #Thailand
2
31
30
920