Ini contoh jelas kekincin'an mereka.
Sebelum Najib jadi PM, PLUS masih ada pemilikan swasta yang besar.
Najib kemudian susun semula PLUS sehingga 51% dimiliki Khazanah dan 49% KWSP pada tahun 2011.
Maknanya hasil tol akhirnya kembali kepada kerajaan dan Rakyat, bukan pemilik swasta.
Dalam penstrukturan itu, konsesi Lebuhraya Persekutuan dilanjutkan dari 2018 ke 2038 supaya selaras dengan konsesi-konsesi PLUS lain.
Bukan main marah PH masa itu dengan lanjutan tol Federal Highway tersebut.
Tetapi BN sudah berjanji dalam PRU13 2023 untuk mansuhkan tol itu lebih awal.
Pada 2015, PH hentam Najib dan kata dia mungkir janji sebab konsesi dilanjutkan hingga 2038.
Akhirnya Najib memang tunaikan janji.
Semua tol Lebuhraya Persekutuan dimansuhkan mulai 1 Januari 2018, malah sebelum tarikh asal konsesi tamat - sampai plaza-plaza tol dirobohkan.
Masalahnya, PH sendiri tak tunaikan janji PRU14 dan PRU15 mereka untuk mansuhkan semua tol.
Sebaliknya, banyak konsesi dilanjutkan berpuluh tahun:
- Lebuhraya Utara-Selatan: 2038 → 2068, tambah 30 tahun
- NKVE: 2038 → 2068, tambah 30 tahun
- ELITE: 2038 → 2068, tambah 30 tahun
- SPDH: 2038 → 2068, tambah 30 tahun
- LPT2: 2038 → 2068, tambah 30 tahun
- Linkedua: 2038 → 2068, tambah 30 tahun
- BKE: 2038 → 2068, tambah 30 tahun
- Jambatan Pulau Pinang: 2038 → 2068, tambah 30 tahun
- Guthrie Corridor Expressway: 2036 → 2062, tambah 26 tahun
- SILK: 2037 → 2062, tambah 25 tahun
- LEKAS: 2039 → 2064, tambah 25 tahun
- Lebuhraya Karak: 2032 → 2069, tambah 37 tahun
- Lebuhraya Pantai Timur 1: 2032 → 2069, tambah 37 tahun
- New Pantai Expressway: 2030 → 2057, tambah 27 tahun
Untuk lebuh raya PLUS pula, PH1.0 melanjutkan tempoh konsesi sehingga 2058.
Kemudian di bawah kerajaan Madani, dilanjutkan lagi sehingga 2068.
Jadi, PH dahulu marah kerana satu konsesi tol dilanjutkan dari 2018 ke 2038 walaupun Najib akhirnya tetap mansuhkan tol tersebut pada 2018.
Tetapi apabila PH sendiri berkuasa, janji mansuh tol tidak jadi kenyataan.
Sebaliknya, janji tol-free menjadi tol-forever.
Ini lah PH.
Oleh Lim Sian See